AKTIVITI PELAJAR
2019
PROGRAM TEACHING SCHOOL :
BENGKEL CEMERLANG MATEMATIK UPSR
SK SENDAYAN, 10 JULAI 2019
Seramai 11 orang pelajar 3PISMP MT3 dengan bimbingan 2 orang pensyarah iaitu Pn Kamariah dan Pn Norafizah telah berjaya mengadakan bengkel matematik bagi UPSR di SK Sendayan. Seramai 92 pelajar Tahun 6 SK Sendayan terlibat dalam bengkel ini.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu murid Tahun 6 di SK Sendayan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam matematik UPSR.
INTERNSHIP 8PISMP 2020
FEBRUARI - MAC 2020
Pelajar semester 8 PISMP perlu menjalani Internship selama sebulan di sekolah dan melaksanakan projek untuk dinilai oleh pensyarah pembimbing. Berikut adalah Video projek internship yang telah dilaksanakan oleh salah seorang pelajar 8PISMP Matematik, Izyan Insyirah
SEMINAR PENYELIDIKAN 8PISMP MATEMATIK 2020
20 - 23 APRIL 2020
Seminar penyelidikan bagi pelajar 8PISMP Matematik telah berjaya dilaksanakan secara atas talian pada 20 - 23 April 2020. Seramai 16 orang pelajar 8PISMP Matematik telah berjaya membentangkan kajian masing-masing melalui video yang telah direkodkan lebih awal dan dinilai oleh penilai-penilai yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Matematik. Sesi soal jawab dilaksanakan juga secara atas talian melalui aplikasi WhatsApp dan Google Meet