top of page

AKTIVITI

JABATAN MATEMATIK

2019

​

KURSUS BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2019

TARIKH

Kohort 1 : 21 & 22 Mei 2019 dan 13 & 14 Jun 2019 Kohort 2 & 4: 16 hingga 19 Julai 2019

Kohort 3 : 2 hingga 5 Julai 2019


TEMPAT

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PBD 1.jpg

JU bersama peserta kursus bimbingan instruksional PBD

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kursus bimbingan instruksional PBD untuk pensyarah IPG KP Teknik

PBD2.jpg
PBD3.jpg

Majlis penyampaian cenderamata selepas tamat kursus

DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) FOR MATHS 2019

11 – 12 November 2019

Pada 11 – 12 November 2019, satu bengkel Dual Language Programme (DLP) For Mathematics 2019 (Pismp Sem 7) telak dijalankan terhadap 16 orang pelajar daripada sem 6.2019. Seramai 5 orang fasilitator yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik yang telah dilantik oleh IPGM untuk melatih guru-guru dan juga guru pelatih dalam melaksanakan program DLP di sekolah nanti. Tujuan bengkel ini  dilaksanakan adalah untuk mempersiapkan diri guru pelatih sem 7 yang akan keluar mengajar tidak lama lagi dengan cara melaksanakan DLP di sekolah dan menggunakan alatan dan aplikasi yang dapat membantu mereka nanti.
Terdapat 6 slot bagi bengkel ini. Slot yang pertama dimulai dengan pelajar  membincangkan kandungan DSKP matematik Tahun 1 dan mengaitkannya dengan cara mengajar topik tersebut dan aktiviti pengajaran yang sesuai. Pada slot kedua, pelajar diperkenalkan dengan teknik penyoalan yang sesuai dan diikuti dengan aktiviti halangan simbol. Selepas itu, pada slot yang ketiga, pelajar dikehendaki membina RPH yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran topik yang dipilih semasa perbincangan kandungan DSKP tadi. Pada 12.11.2019,  pelajar dikehendaki membina RPH secara berkumpulan dengan memilih satu RPH terbaik dalam kumpulan masing-masing. Pelajar melaksanakan simulasi pengajaran dan video diambil untukl slot seterusnya iaitu ‘video critic’.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON EDUCATION AND TEACHER DEVELOPMENT
(ICETD) 2019

TARIKH

23.07.2019 – 25.07.2019 (SELASA-KHAMIS)


TEMPAT

CASURINA @ MERU HOTEL IPOH

CONF 5.jpg

Pertandingan International Conference On Education And Teacher Development (ICETD) 2019 telah diadakan pada 23 hingga 25 Julai 2019 bertempat di Hotel Casurina Ipoh. Tajuk pembentangan bagi kumpulan kami ialah Sinergi EXPresS dalam memantau kemajuan prestasi pelajar dan Sinergi Trialogical : Analisis data menggunakan hamparan kerja. Kami memulakan sesi pembentangan pada sesi petang iaitu bermula jam 2.00ptg – 5.00ptg pada hari Selasa 23 Julai 2019. Sesi pembentangan telah berjalan dengan lancar dan 2 orang juri telah mengadili pembentangan kami.

CONF 2.jpg

Peserta yang terlibat dengan pembentangan iaitu Pn Hilezan binti  Zainal dan Dr Ma Hamsiatus

CONF 6.jpg

Sebelum sesi pembentangan pada waktu petang, rektor IPGM telah melawat tapak pembentangan poster dan kumpulan kami telah menerangkan berkenaan penulisan kami.

bottom of page